Sistem Organisasi

Badan Pentadbiran Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan dibantu oleh dua organisasi dalaman yang dibentuk khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan kelab iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih.Badan Pentadbiran kelab merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang,melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah kelab.Badan ini juga berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar yang berkaitan. Disamping itu,ia juga berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar sama ada dari dalam mantiqah mahu pun luar mantiqah dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan.Lembaga Adat Istiadat pula memberikan fokus dan tumpuan kepada merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan adat istiadat silat yang diwarisi.Perkara-perkara yang diberi perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian bengkung dan tali pinggang,pentauliahan jurulatih dan gurulatih,tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanan protokol budaya warisan.

Majlis Gurulatih pula seterusnya berperanan dalam urusan merancang,melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan.Ini juga termasuklah urusan mengumpul,menyusun dan mengemaskini pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran seni silat.

Tinggalkan komen