Monthly Archives: November 2008

Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ )

 

 

Idea penubuhan kelab silat ini lahir dari kata sepakat beberapa orang yang memang sudah lama bergiat dalam seni silat.Sebagai menyambung warisan Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yang pernah bertapak megah di Mu’tah suatu ketika dahulu.Ia juga dilihat sebagai inisiatif dan asas bagi mahasiswa di Jordan ini khususnya di Mu’tah dalam membela diri sepanjang berkelana di negara orang yang penuh dengan cabaran dan haru biru.Pergerakan kelab silat ini dipimpin oleh organisasi kelab yang terdiri daripada bekas-bekas Jurulatih Silat Gayong ,Cekak dan beberapa silat yang lain semasa di Malaysia.Dengan adanya kelab ini,sekurang-kurangnya dapat memperkenalkan budaya negara kita Malaysia yang tercinta di tempat orang.