Category Archives: Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan

Pengambilan Baru Keahlian

 

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum w.b.t.

Perhatian kepada semua mahasiswa Malaysia di Mu’tah yg berminat untuk mempelajari seni silat.Tidak kira sama ada dari aliran Seni Silat Gayong Malaysia,Seni Silat Pusaka Gayong,Silat Cekak dan lain-lan lagi.Kami di Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) mengalu-alukan anda semua untuk menyertai KSSMJ dalam mempelajari seni silat sebagai satu wasilah dalam membela diri di Mu’tah.Sebarang maklumat lanjut dan jika berminat untuk menyertainya sila hubungi :

Cikgu Muhammad Taufiq ( 0776395335 ) – ideet.comf@yahoo.com

Cikgu Anuar ( 0779117304 ) – anuar_uia@yahoo.com

Perhatian juga kepada semua warga akhwat,kelas silat untuk akhwat dibuka sekarang dan sebarang maklumat lanjut untuk menyertainya boleh hubungi seperti yg tertera di atas dan juga mana-mana ahli kelab silat KSSMJ.Dan penyertaan dibuka sekarang dan yuran penyertaan adalah PERCUMA sahaja.Tiada bayaran dikenakan.Jadikan seni silat sebagai inisiatif dan asas di Jordan ini khususnya di Mu’tah dalam membela diri sepanjang berkelana di negara orang yg penuh dengan cabaran dan haru biru ini.Sama-sama kita memartabatkan seni warisan bangsa kita ini dan menghidupkan seni silat!!!Sebarkan kepada seluruh warga Mu’tah!!

Koleksi Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ )

Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan ( KARISMA )

 

Koleksi Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ )

Persembahan ASEAN oleh KSSMJ di Muzium Amman,Jordan  

Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia Jordan ( KARISMA )

Tanggal 31 April – 2 Mei 2009 merupakan detik penyatuan semua mahasiswa Jordan bagi seluruh mantiqah.Dimana pada detik tarikh tersebut berlangsungnya Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia Jordan ( KARISMA ).Pada hari itu dapat disaksikan seluruh pelajar Malaysia Jordan berhimpun dan berkumpul di Mu’tah yang merupakan tuan rumah pada tahun ini bagi karnival sukan yang berprestij ini.Dengan bermotokan KARISMA pada tahun ini iaitu
 
” Saya Datang Kerana Ukhwah ” .
 
Tidak terlepas juga buat Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) pada kali ini telah dijemput khas untuk mengadakan persembahan demo silat pada Majlis Perasmian Penutup KARISMA yang berlangsung di Dewan Solah Riadhi Jamiah Mu’tah.Persembahan Demo silat tersebut berlangsung selepas dari ucapan dan paluan gong oleh Dato Duta Malaysia Jordan.

Demo KSSMJ Majlis Penutup KARISMA

Dua orang pendekar sedang berentak

KSSMJ di jemput lagi..!!

Bertempat di Muzium Amman,Jordan satu Majlis Asean Art & Cultural Show telah diadakan.Ia diadakan bertujuan untuk memperkenalkan negara – negara ASEAN di negara Jordan.Dalam masa yang sama juga masing – masing cuba untuk mempamerkan dan perkenalkan kebudayaan negara Asean masing – masing.
 
Selaku negara Malaysia yang turut libat serta,Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) diundang khas oleh Kedutaan Malaysia Jordan untuk membuat persembahan seni silat yang lebih kepada berunsurkan kesenian dan kebudayaan.Sebagai mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Jordan , sudah pasti bersedia untuk mencerminkan imej negara Malaysia kerana pada kali ini Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) membawa imej dan nama baik negara Malaysia.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tahniah kepada Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yang berjaya melakukan persembahan yang terbaik dan Kedutaan Malaysia Jordan amat berbangga dengan mahasiswa Malaysia yang masih mempertahankan seni silat iaitu seni warisan bangsa melayu dengan kukuh sekali di Bumi Jordan ini…
 
Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) bersama Dato’ Duta Malaysia Jordan & MSD di gerai Malaysia
 
Dato’ Duta Malaysia Jordan & penonton terpegun melihat persembahan dari Malaysia
 
Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) sedang beraksi
 
Langkah sembah pembuka persembahan kebudayaan dari Malaysia

Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ )

 

 

Idea penubuhan kelab silat ini lahir dari kata sepakat beberapa orang yang memang sudah lama bergiat dalam seni silat.Sebagai menyambung warisan Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yang pernah bertapak megah di Mu’tah suatu ketika dahulu.Ia juga dilihat sebagai inisiatif dan asas bagi mahasiswa di Jordan ini khususnya di Mu’tah dalam membela diri sepanjang berkelana di negara orang yang penuh dengan cabaran dan haru biru.Pergerakan kelab silat ini dipimpin oleh organisasi kelab yang terdiri daripada bekas-bekas Jurulatih Silat Gayong ,Cekak dan beberapa silat yang lain semasa di Malaysia.Dengan adanya kelab ini,sekurang-kurangnya dapat memperkenalkan budaya negara kita Malaysia yang tercinta di tempat orang.