Monthly Archives: April 2009

KSSMJ di jemput lagi..!!

Bertempat di Muzium Amman,Jordan satu Majlis Asean Art & Cultural Show telah diadakan.Ia diadakan bertujuan untuk memperkenalkan negara – negara ASEAN di negara Jordan.Dalam masa yang sama juga masing – masing cuba untuk mempamerkan dan perkenalkan kebudayaan negara Asean masing – masing.
 
Selaku negara Malaysia yang turut libat serta,Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) diundang khas oleh Kedutaan Malaysia Jordan untuk membuat persembahan seni silat yang lebih kepada berunsurkan kesenian dan kebudayaan.Sebagai mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Jordan , sudah pasti bersedia untuk mencerminkan imej negara Malaysia kerana pada kali ini Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) membawa imej dan nama baik negara Malaysia.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tahniah kepada Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yang berjaya melakukan persembahan yang terbaik dan Kedutaan Malaysia Jordan amat berbangga dengan mahasiswa Malaysia yang masih mempertahankan seni silat iaitu seni warisan bangsa melayu dengan kukuh sekali di Bumi Jordan ini…
 
Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) bersama Dato’ Duta Malaysia Jordan & MSD di gerai Malaysia
 
Dato’ Duta Malaysia Jordan & penonton terpegun melihat persembahan dari Malaysia
 
Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) sedang beraksi
 
Langkah sembah pembuka persembahan kebudayaan dari Malaysia