Category Archives: Latihan

Kelas Latihan Silat Kembali Semula

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Seiringan dengan pengajian semester pertama sesi 2010/2011 yang telah bermula dua minggu lepas, maka dengan ini pihak kelab mengumumkan kepada semua ahli Kelab Seni Bela Diri Mu’tah ( syabab & akhwat ), bahawa kelas latihan akan kembali bermula seperti biasa pada hari Jumaat minggu hadapan. Maklumat mengenai kelas latihan adalah seperti berikut :

Kelas Syabab

Hari : Jumaat

8.00 mlm – 11.00 mlm

Tenaga Pengajar : Jurulatih Syabab

Tempat : PUSKMA

Kelas Akhwat

Hari : Jumaat

9.00 pg – 12.00 tgh hari

Tenaga Pengajar : Jurulatih Akhwat

Tempat : PUSKMA

Diharapkan kepada semua ahli kelab agar dapat menghadirkan diri.

Bila Akhwat Mu’tah Dah Mula Buka Langkah Silat…Maka…

” Bila akhwat Mu’tah dah mula buka langkah silat,maka………. “ itulah kata-kata yg mampu t’keluar dari seorang mulut Gurulatih Tertinggi KSSMJ.Satu perubahan yg drastik dan komitmen daripada pelajar akhwat Mu’tah yg membuat pilihan yg tepat untuk berkecimpung dalam dunia seni silat sebagai seni mempertahankan diri.Apatah lagi sedang belajar dan berkelana di tempat orang ini.Lebih-lebih lagi sudah muak dengan adegan-adegan sampah-sampah budak arab yg seringkali menjadikan mahasiswa-mahasiswa akhwat sebagai sasaran gangguan dan sebagainya lagi.
 
Memang sudah menjadi fitrah bagi mereka yg bergelar sebagai seorang perempuan atau wanita memerlukan perlindungan.Sudah menjadi satu pilihan yg tepat bagi mereka yg memilih seni silat ini sebagai satu senjata untuk mempertahankan diri.Latihan silat yg pertama yg baru sahaja bermula sudah memberikan gambaran bagaimana komitmen dan kesungguhan akhwat untuk memberikan peluang kepada diri mereka untuk menerima tunjuk ajar serta ilmu mempertahankan diri dari seorang pelatih.Dengan keahlian akhwat yg melebihi 30 orang akhwat.
 
Kami di pihak KSSMJ mengharapkan agar semangat dan kesungguhan akhwat semua tidak akan terhenti dan terus membuak dan terus membuak.Buat mereka yg masih lagi di buai mimpi di luar Mu’tah sana tidak kira syabab mahupun akhwat,janganlah terlalu angkuh,riak dan sombong dengan keyakinan dan kekuatan diri yg ada pada diri masing-masing untuk turun mengutip mutiara-mutiara ilmu dari Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ )!Perlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu mempertahankan diri di dalam diri sama-sama…….

Latihan Asas Kaki

Kekuatan tangan sahaja sememangnya tidak mencukupi sebagai asas untuk mempertahankan diri.Latihan asas kaki perlu ada sebagai pelengkap kepada kekuatan yg seimbang dalam diri.Kekuatan kaki perlulah seimbang bagi mendapatkan daya tendangan yg padu dan mampu untuk menjatuhkan musuh dalam apa jua saiz.Latihan asas kaki sememangnya tidak akan lengkap tanpa adanya punching bag atau pad kaki dan tangan.
 

Latihan kaki dengan menggunakan pad kaki

Latihan asas sepakan
Dalam sesi latihan kali ini,digabungkan kekuatan asas tangan dan kaki.Dengan berbekalkan latihan asas kaki dan lain-lain lagi.Setelah tamat latihan asas kaki,beberapa teknik bela diri atau lebih mudah lagi diistilahkan sebagai Buah Poket untuk mempertahankan diri.

Teknik bela diri

Asas teknik bela diri yg dibekalkan oleh Jurulatih tertentu sahaja

Telatah anak muda kita yg sedang belajar teknik bela diri

Teknik-teknik seperti ini tidak semua orang mampu
untuk memperolehinya

Latihan Asas KSSMJ Bermula

Bismillahirrahmanirrahim…..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberikan kekuatan sehingga ke hari ini.Bertempat di PUSKMA mulanya latihan pertama Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ).Bermulanya fasal yg baru,semangat dan nawaitu yg baru di tajdid lebih-lebih lagi buat anak-anak muda KSSMJ. Seperti biasa latihan dimulakan dengan membuka gelanggang atau lebih di istilahkan sebagai buka adat untuk memohon perlindungan dari Allah sepanjang latihan yg berjalan semuanya berjalan dengan baik dan tiada sebarang kecelakaan yg berlaku Insya Allah…

Sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak KSSMJ,asas senaman regangan dan gerakan asas menjadi sajian sebagai permulaan awal latihan.Itu sudah menjadi ‘ basic ‘ penting dalam seni silat.Latihan dimulakan dengan asas-asas seperti tumbukan dan lain-lain.Perkara yg menjadi asas kepada kekuatannya seni silat itu sendiri bermula dari tapak kedudukan yg kukuh terlebih dahulu adalah asas yg paling bawah yg amat perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum ke peringkat yg seterusnya.Kedudukan kekuda menjadi asas tapak yg kukuh…


Semua pergerakan dalam seni silat ini bermulanya dengan tapak dahulu.Kedudukan kekuda memainkan peranan yg penting dalam pelajaran silat apatah lagi sebagai melatih diri untuk bersedia dalam menghadapi musuh.Secara ringkas latihan permulaan ini hanya berkisar kepada asas sahaja.

Selain itu permainan asas elakan adalah satu asas yg perlu di pelajari bagi setiap anak-anak KSSMJ.Sebagai asas yg kukuh untuk mempelajari macam mana untuk mengelak serangan musuh dan lain-lain lagi.

Secara kesimpulan alhamdulillah bersyukur latihan yg pertama ini dapat bermula dengan baik dan tiada kecelakaan yg berlaku sepanjang latihan.Sebagai saranan kepada anak-anak muda yg berada di luar sana supaya tidak menjadikan seni silat ini sebagai hanya sekadar satu sambil lewa sahaja atau hanya satu perkara yg tidak ada makna dalam kehidupan kita apatah lagi sedang berkelana di tempat orang.Jadikan seni silat itu sebagai satu asas atau benteng bagi persiapan untuk melindungi diri mudah-mudahan Insya Allah.Apa yg penting sekali dalam mempelajari dan mendalami seni silat ini ialah ilmu.Ilmu yg diperolehi dijadikan amalan dalam hidup kita…
 
Wallahu A’lam…