Sahsiah Kelab

Sahsiah kelab terbina dalam diri seorang murid atau ahli daripada penghayatan falsafah Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan itu sendiri yang meliputi aspek niat,perbuatan dan dalaman.Antara sahsiah atau sifat peribadi ialah seperti berikut :

a. Aspek Niat :

i. Menuntut ilmu bela diri sebagai satu ibadah dan ikutan sunnah Rasulullah s.a.w.

ii. Persiapan untuk membela diri dan berjihad mempertahankan negara sebagaimana seruan Allah s.w.t dalam surah Al – Anfal.

iii. Menghidupkan seni warisan bangsa dan mengeratkan ukhwah sesama ahli.

iv.Menyematkan rasa cinta terhadap kebudayaan sendiri dan hasrat untuk mengembangkannya dalam masyarakat Melayu dan Islam.

v.Cintakan keharmonian dan tidak sekali-kali mencari musuh atau merusuh tetapi tetap pendirian jika berhadapan dengan sebarang ancaman.

b. Aspek Perbuatan :

i. Berani menegakkan kebenaran,keadilan dan mencegah kemungkaran.

ii. Mengikut rasmi padi yang semakin tunduk apabila semakin berisi.

iii.Bertindak balas ( jika perlu ) dengan kadar yang wajar dan bersikap pemaaf terhadap musuh.

iv.Mampu menghayati dan menggunakan segala apa yang dipelajari pada sebarang tempat,masa dan keadaan.

v.Berterusan meningkatkan kualiti diri sehingga dapat menguasai semua ilmu Silat Kelab Seni Bela Diri ini dengan cemerlang.

vi. Melatih dan menghidupkan daya kreativiti yang tinggi dan inovatif dalam lingkungan sistem pelajaran yang diajar.

vii. Tabah dan tenang dalam menghadapi sebarang ujian,cubaan atau godaan.

c. Aspek Dalaman :

i. Beriman kepada Allah s.w.t. dan rukun iman yang lain.

ii. Menegak dan mendirikan rukun Islam yang lima dengan taat.

iii.Bersifat ihsan serta sentiasa beramal dengan amalan zikir,wirid yang ma’surat dan sunnah Rasulullah s.a.w.

iv.Berusaha menyuburkan diri dengan sifat mahmudah di samping membersihkan diri daripada sifat mazmumah.

v. Jujur serta amanah dalam setiap niat,perkataan dan perbuatan.

vi. Yakin dengan pertolongan Allah s.w.t. dan percaya tiada kemudaratan tanpa keizinan-Nya.

vii. Istiqamah dalam perjuangan dan kerja kebajikan yang dilakukan

Tinggalkan komen