Monthly Archives: April 2010

Perjumpaan Semua Jurulatih Kelab

Bismillahirrahmanirrahim……
 
Assalamualaikum w.b.t…
 
Perhatian kepada semua Jurulatih Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) bagi syabab dan akhwat serta pembantu Jurulatih,akan di adakan bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan kelab silat.Sehubungan itu,diharapkan kepada semua Jurulatih agar dapat mengambil perhatian terhadap perkara tersebut.Berhubung dengan tarikh perjumpaan akan dimaklumkan semula dari masa ke semasa Insya Allah.
 
Wallahu A’lam…..

Bila Akhwat Mu’tah Dah Mula Buka Langkah Silat…Maka…

” Bila akhwat Mu’tah dah mula buka langkah silat,maka………. “ itulah kata-kata yg mampu t’keluar dari seorang mulut Gurulatih Tertinggi KSSMJ.Satu perubahan yg drastik dan komitmen daripada pelajar akhwat Mu’tah yg membuat pilihan yg tepat untuk berkecimpung dalam dunia seni silat sebagai seni mempertahankan diri.Apatah lagi sedang belajar dan berkelana di tempat orang ini.Lebih-lebih lagi sudah muak dengan adegan-adegan sampah-sampah budak arab yg seringkali menjadikan mahasiswa-mahasiswa akhwat sebagai sasaran gangguan dan sebagainya lagi.
 
Memang sudah menjadi fitrah bagi mereka yg bergelar sebagai seorang perempuan atau wanita memerlukan perlindungan.Sudah menjadi satu pilihan yg tepat bagi mereka yg memilih seni silat ini sebagai satu senjata untuk mempertahankan diri.Latihan silat yg pertama yg baru sahaja bermula sudah memberikan gambaran bagaimana komitmen dan kesungguhan akhwat untuk memberikan peluang kepada diri mereka untuk menerima tunjuk ajar serta ilmu mempertahankan diri dari seorang pelatih.Dengan keahlian akhwat yg melebihi 30 orang akhwat.
 
Kami di pihak KSSMJ mengharapkan agar semangat dan kesungguhan akhwat semua tidak akan terhenti dan terus membuak dan terus membuak.Buat mereka yg masih lagi di buai mimpi di luar Mu’tah sana tidak kira syabab mahupun akhwat,janganlah terlalu angkuh,riak dan sombong dengan keyakinan dan kekuatan diri yg ada pada diri masing-masing untuk turun mengutip mutiara-mutiara ilmu dari Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ )!Perlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu mempertahankan diri di dalam diri sama-sama…….

Gerak Kerja KSSMJ

Bermula awal tahun 2009 hingga ke tahun 2010 ini,perjalanan Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan semakin maju Insya Allah.Pelbagai aktiviti dan gerak kerja yg dapat dijalankan dan akan menyusul beberapa aktiviti dan program – program yg berdatang Insya Allah.Kini KSSMJ melabuh tirai buat sementara waktu dan lebih bertumpukan kepada latihan pada masa sekarang dan persediaan pada masa akan datang dengan wajah baru Insya Allah.Antara aktiviti yg telah bergerak lancar sepanjang awal tahun 2009 hingga ke hari ini :

1 ) Persembahan Kebudayaan di International School di Amman ( jemputan dari MSD Jordan )

2 ) Persembahan ASEAN di Muzium Amman ( jemputan dari Kedutaan Malaysia Jordan )

3 ) Persembahan demo silat Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia Jordan 2009 ( KARISMA )

4 ) Persembahan demo silat Makrod Thaqofi Al-Wafidin Jamiah Mu’tah 2009

5 ) Persembahan Thaqofah Wafidin sempena Karak Madinah Thaqofah tahun 2009

6 ) Kelas silat bagi syabab dan akhwat

Makluman

 

Bismillahirrahmanirrahim….
 
Sukacitanya ingin dimaklumkan disini bahawa pada tahun ini Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) telah makalsanakan beberapa matlamat dan objektif yg tersendiri pada kali ini sejajar dengan motif KSSMJ untuk memperkemaskan lagi dan memperkukuhkan lagi kedudukan kelab ini.Secara rasminya KSSMJ pada tahun ini hanyalah lebih bertumpu kepada latihan sahaja bagi syabab dan akhwat.Sebarang bentuk jemputan persembahan dan demo silat buat pada masa ini tidak akan diterima untuk sementara waktu.
 
Ini kerana beberapa inisiatif dan perkara telah disepakati dan diambil kira.KSSMJ pada kali ini lebih bertumpu sepenuhnya kepada kelas-kelas latihan pengukuhan bagi syabab dan akhwat serta beberapa aktiviti dan program yg akan dilaksanakan oleh KSSMJ sendiri.Kepada mana-mana pihak ahli PERMATA dan seumpamanya lagi,demikianlah yg dapat pihak KSSMJ laksanakan dan maklumkan.Sekian harap maklum