Kelas Seni Bela Diri

Bismillahirrahmanirrahim

Sukacita dimaklumkan bahawa pengambilan baru Kelab Seni Bela Diri Mu’tah dibuka dan penyertaan terbuka kepada semua ahli Mu’tah ( syabab & akhwat ).Kelas bela diri khusus untuk warga Mu’tah sbg asas untuk membela dan mempertahankan diri di bumi Mu’tah Insya Allah.Kelas akan bermula pada musim bunga ( fasal sani ) Insya Allah.Berhubung dengan bila mulanya kelas akan dimaklumkan dari masa ke semasa.Kelas bela diri  seperti berikut :

Kelas Syabab

Hari Jumaat

8.00 mlm – 11.00 mlm

Tenaga Pengajar : Syabab

Tempat : PUSKMA

Kelas Akhwat

Hari Jumaat

9.00 pg – 12.00 tgh hari

Tenaga Pengajar : Akhwat

Tempat : PUSKMA

Bagi yg berminat untuk menyertai kelas seni bela diri atau sebarang pertanyaan,boleh berhubung dengan nama yg berikut :

1. Qayyum ( 0779495676 ) @ ym : batguy_91@yahoo.com

2. Mohd Taufiq ( 0777697516 ) @ ym : ideet.comf@yahoo.com

3. Anuar ( 0779117304 ) @ ym : anuar_uia@yahoo.com

Tips-Tips Keselamatan

PENJENAYAH

Siapakah mereka dan adakah anda mengenalinya?

Penjenayah bolehlah dikategorikan berdasarkan aktiviti jenayah yang mereka lakukan.Antara kategori penjenayah adalah seperti berikut:

1. Pencuri / Perompak

2. Perompak

3. Pencabul

4. Pengintip

5. Pembunuh

6. Penculik dan lain-lain

Kenapa mereka melakukan aktiviti jenayah ini?

1. Wang / Duit

Seseorang yang kesempitan wang atau menginginkan kekayaan dengan cara mudah.Mereka biasanya akan mencuri,memeras ugut, merompak, menyamun, meragut dan membunuh.

2. Nafsu

Sering terdedah dengan bahan-bahan lucah yg menyebabkan nafsu menjadi tidak terkawal.Oleh itu,mereka akan mencari wanita sebagai alat pemuas nafsu dengan melakukan pencabulan atau merogol.

3. Kepuasan Diri

Ada sesetengah manusia itu melakukan jenayah kerana tabiatnya.Walaupun sudah kaya namun ia masih juga mencuri.Walaupun sudah ada isteri masih lagi menjadi perogol.Kadang-kadang ada yg melakukan jenayah disebabkan oleh dicabar rakan-rakan yg bersifat sekadar mengisi masa lapang.Kesemuanya adalah disebabkan oleh ingin memenuhi kepuasan diri semata-mata.

4. Gangguan Mental

Faktor kesihatan menjadi punca utamanya.Mereka ini mungkin pesakit jiwa yg melakukan jenayah diluar kawalan mereka sendiri.Kadang-kadang ada yg melakukan jenayah kerana sindrom halunisasi yg mana mereka melihat mangsa sebagai orang yg dibencinya atau seolah-olah ingin memukul mereka.Peminum arak yg melakukan jenayahnya ketika dalam keadaan mabuk juga boleh dikelaskan sebagai penjenayah yg mentalnya terganggu.

TIPS-TIPS KESELAMATAN

Antara tips atau panduan keselamatan yg boleh dikongsikan atau sebagai panduan :

1. Elakkan dari berjalan berseorangan

Janganlah sesekali berjalan berseorangan tidak kira pada waktu siang atau malam terutama sekali dari kalangan akhwat.Penjenayah lebih gemar memilih anda berbanding orang yg berjalan secara berkumpulan.

2. Elakkan dari mendedah barang-barang perhiasan atau duit di khalayak

Pemakaian barang-barang perhiasan diri seperti rantai,anting-anting dan gelang emas secara keterlaluan dan juga wang boleh menarik minat penjenayah untuk merampas atau merompak.

3. Elakkan dari berjalan di lorong yg sunyi dan gelap

Cuba mengelakkan diri dari berjalan di tempat seperti ini lebih-lebih lagi di waktu malam.Di kawasan Mu’tah ini terdapat banyak lorong-lorong gelap atau laluan sunyi yg boleh di anggap sbg kawasan yg hitam yg sering kali menjadi port lepak penjenayah atau arab.

4. Murakib

Bagi mereka yg gemar murakib akhwat atau bagi akhwat yg gemar meminta pertolongan untuk di murakib pada waktu malam,adalah lebih baik sekurang-kurangnya terdiri dari 3 orang syabab atau lebih untuk keselataman diri.

5. Barang Keselamatan

Sebagai panduan kepada akhwat sekurang-kurangnya bawa bersama mereka uncang batu dan juga penyembur pemedih mata ( spray pepper ).Alat keselamatan seperti ini boleh dipelajari untuk membuatnya dan mudah untuk di bawa ke mana sahaja di dalam beg wanita sbg langkah berjaga-jaga.Antara contoh saiz batu yg sesuai untuk di bawa dalam uncang sbg alat keselamatan :

Contoh Saiz Batu

 Gambar Hiasan

( Penyembur Pemedih Mata / Spray Pepper )

 

Gambar Hiasan ( Spray Pepper )

6. Menjerit atau meminta bantuan yg terdekat

Dinasihatkan khusus kepada akhwat,menjerit adalah salah satu cara untuk meminta pertolongan dan mendapatkan perhatian dari sekeliling ramai dalam situasi di ancam atau di ugut oleh penjenayah dari kalangan arab.

7. Menghadiri kelas atau bengkel

Cuba memberi peluang kepada diri untuk menghadirkan diri dalam kelas atau bengkel yg di anjurkan oleh kelab bela diri atau persatuan PERMATA secara percuma.Manfaatkan diri untuk mengambil input dan tips keselamatan diri sbg langkah berjaga-jaga

Wallahu A’lam

Kelas Latihan Silat Kembali Semula

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Seiringan dengan pengajian semester pertama sesi 2010/2011 yang telah bermula dua minggu lepas, maka dengan ini pihak kelab mengumumkan kepada semua ahli Kelab Seni Bela Diri Mu’tah ( syabab & akhwat ), bahawa kelas latihan akan kembali bermula seperti biasa pada hari Jumaat minggu hadapan. Maklumat mengenai kelas latihan adalah seperti berikut :

Kelas Syabab

Hari : Jumaat

8.00 mlm – 11.00 mlm

Tenaga Pengajar : Jurulatih Syabab

Tempat : PUSKMA

Kelas Akhwat

Hari : Jumaat

9.00 pg – 12.00 tgh hari

Tenaga Pengajar : Jurulatih Akhwat

Tempat : PUSKMA

Diharapkan kepada semua ahli kelab agar dapat menghadirkan diri.

Prinsip Pertahankan Diri ( Syabab & Akhwat )

 
Lari lebih baik daripada dipukul,
dipukul lebih baik daripada dicederakan,
dicedera lebih baik daripada dibunuh
dan
bunuh lebih utama daripada dibunuh!!!
 
Diingatkan di sini bahawa mempertahankan diri adalah hak anda semua,tanggungjawab dan keutamaan anda.Membiarkan diri anda berdiri kaku dan memejamkan mata apabila seseorang menyerang anda atau keluarga anda adalah sesuatu yg tak sepatutnya berlaku. Sebaliknya,anda perlulah berikhtiar dan berusaha untuk menghadapinya dengan sedaya upaya.Jangan terlalu ikut nafsu atau hilang kawalan diri hingga anda membunuh penjenayah yg menyerang anda.Larilah jika ada peluang.Jangan terlalu angkuh dgn menyahut pelawaan penjenayah atau musuh untuk bertarung atau lawan.Elakkan diri anda daripada terdedah dgn sebarang bentuk ‘ body contact ’ dgn penjenayah.Cubalah berkomunikasi dgn bijak.Pasti perkara yg tak diingini tak akan berlaku.

Andai kata komunikasi anda tak berjaya,anda dipukul dgn tiba-tiba tanpa anda dapat atasinya dan dibiarkan terlentang di lantai dgn dompet atau barang berharga anda dirampas,biarkan mereka berlalu pergi.Jangan sesekali mengejar mereka.Bersyukurlah kerana anda tak dicederakan walaupun barang anda diambil. Buatlah laporan polis dan pastikan anda mengecam identiti penjenayah tersebut.

Akan tetapi,jika penjenayah menggunakan senjata tajam seperti pisau dalam usaha mendapatkan wang dan barang berharga anda,berwaspadalah dgn mengelak bahagian JANTUNG dan LEHER anda daripada serangan mereka.Jika anda perlu memegang bahagian tajam pisau,peganglah walaupun anda akan mengalami kecederaan jika itulah ikhtiar akhir anda.Sekurang-kurangnya anda masih lagi boleh bernafas!!

Tetapi,jika penjenayah memang bertekad membunuh anda dan tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri anda selain anda terpaksa membunuh mereka,bunuhlah mereka sebelum mereka berjaya membunuh anda.Contoh situasi maut yg membolehkan anda mengambil tindakan membunuh penjenayah adalah seperti berikut :

 1. Penjenayah / musuh mengacukan pistol ke arah anda sebagai usaha untuk menembak anda.

2. Penjenayah / musuh cuba menikam anda dengan pisau atau senjata tajam.
 
3. Penjenayah / musuh secara ganas mencekik anda dengan niat untuk melemaskan anda.
 
4. Penjenayah / musuh menghayun objek keras ke bahagian kepala dalam usaha untuk membunuh anda.
 
Sekadar peringatan,jangan sesekali anda sentuh atau memegang senjata milik musuh.Biarlah ia mengandungi kesan cap jari mereka untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah kelak.

Gerak Kerja Kelab

Bermula awal tahun 2009 hingga ke tahun 2010 ini,perjalanan kelab semakin maju Insya Allah.Pelbagai aktiviti dan gerak kerja dapat dijalankan dan akan menyusul beberapa aktiviti dan program yg berdatang Insya Allah.Antara aktiviti yg telah bergerak lancar sepanjang setahun ini :

1 ) Persembahan Kebudayaan di International School di Amman ( Jemputan dari MSD Jordan )

2 ) Persembahan ASEAN di Muzium Amman ( Jemputan dari Kedutaan Malaysia Jordan )

3 ) Persembahan demo silat Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia Jordan 2009 ( KARISMA )

4 ) Persembahan demo silat Makrod Thaqofi Al-Wafidin Jamiah Mu’tah 2009

5 ) Persembahan Thaqofah Wafidin sempena Karak Madinah Thaqofah tahun 2009

6 ) Kelas silat bagi syabab dan akhwat

7 ) Persembahan demo sambutan Malaysian Day 2010 di Jamiah Yarmouk ( Jemputan dari Kedutaan Malaysia Jordan & MSD Jordan )
 
8 ) Persembahan demo di hadapan Raja Jordan ( Jemputan dari Kedutaan Malaysia Jordan & MSD Jordan )
 
9 ) Kursus Asas Kejurulatihan 2010
 
10 ) Kursus Asas Kenaikan Bengkung 2010

Pengambilan Terakhir Kursus Kenaikan Bengkung

Assalamualaikum w.b.t.
 
Perhatian kepada semua ahli Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan,pengambilan terakhir kursus kenaikan bengkung ( syabab & akhwat ) dibuka untuk fatrah soifi ini sebelum tarikh tutup pada hari khamis ini ( 29.7.2010 ).Sebarang permohonan dan permintaan selepas tarikh tutup pengambilan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan.Harap maklum.
 
Dari Majlis Gurulatih

Syarat-Syarat Ujian Kenaikan Bengkung

KURSUS KENAIKAN BENGKUNG 2010

Tarikh : 24 Julai 2010 ( Sabtu )

Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang

Sasaran : Semua ahli kelab syabab & akhwat

Syarat-syarat atau kriteria untuk ujian kenaikan bengkung ( grading ) sebagai persediaan :

1 ) Terbuka kepada semua ahli Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan ( syabab & akhwat ).

2 ) Mengikuti kursus atau kem yang dianjurkan oleh pihak kelab.

3 ) Berpakaian sopan dan menutup batas-batas aurat.

4 ) Berpakaian silat hitam atau hitam atau serba hitam sepanjang kursus,kem atau ujian kenaikan bengkung.

5 ) Penyampaian bengkung akan diberikan pada majlis penganugerahan bengkung secara adat istiadat oleh Majlis Gurulatih.

Sepanjang kursus kenaikan bengkung,segala pendedahan dan bengkel akan diberikan kepada mereka yg terlibat sebagai persediaan untuk mengambil ujian kenaikan bengkung.Satu majlis rasmi majlis adat istiadat penganugerahan bengkung akan dijalankan setelah selesai ujian kenaikan bengkung.Bagi mereka yang tidak mengikuti kursus kenaikan bengkung terlebih dahulu akan dibatalkan serta-merta dari ujian kenaikan bengkung ( grading ).Bagi mereka yang mengikuti sepanjang kursus kenaikan bengkung,Insya Allah akan berjaya dalam ujian kenaikan bengkung yg pertama ini.

Kursus Asas Kenaikan Bengkung

Bismillahirrahmanirrahim
 
Assalamualaikum w.b.t.
 
Satu kursus asas kenaikan bengkung talipinggang bagi ahli kelab silat bagi syabab dan akhwat pada 24 Julai 2010 iaitu hari sabtu.Kursus kenaikan bengkung terbuka kepada semua ahli kelab syabab dan akhwat.Disamping itu,semua jurulatih kelab syabab dan akhwat turut terlibat dan bengkel asas pendedahan kepada ujian kenaikan bengkung ( gradding ) akan dikendalikan oleh semua jurulatih.Ujian kenaikan bengkung ( gradding ) yg pertama akan bermula dalam fatrah soifi ini Insya Allah dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa dalam masa yg terdekat ini.Ujian kenaikan bengkung terbuka kepada 10 ahli pertama yg terawal ( 5 syabab & 5 akhwat ).Berhubung dengan kursus ini adalah seperti berikut :
 
KURSUS KENAIKAN BENGKUNG 2010
 
Tarikh : 24 Julai 2010 ( Sabtu )
 
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
 
Sasaran : Semua ahli kelab syabab & akhwat
 
Sebarang kemusykilan dan maklumat lebih lanjut boleh berhubung dengan mana-mana jurulatih kelab syabab & akhwat.

Kursus Asas Kejurulatihan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Satu Kursus Asas Kejurulatihan akan di adakan dalam fatrah soifi ini Insya Allah yang akan melibatkan semua Jurulatih Kelab bagi syabab dan akhawat.Kursus yang akan berlangsung sepanjang musim soifi ini.Antara aktiviti yang akan dilaksanakan dalam kursus tersebut ialah penyelarasan sistem silibus kelab dan modul-modul latihan akan dikemaskinikan lagi dan juga penyelarasan sistem kenaikan tali pinggang ( gradding ).

Kursus yang dianjurkan oleh Majlis Gurulatih Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan.Bagi menyelaraskan lagi pergerakan kelab,satu perjumpaan tergempar akan di adakan bagi semua jurulatih kelab.Berkaitan dengan Kursus Kejurulatihan tersebut akan dimaklumkan dari masa ke semasa berhubung dengan masa dan aktiviti :

KURSUS KEJURULATIHAN 2010

Sasaran : Semua jurulatih kelab ( syabab & akhawat )

Masa : Fatrah soifi

Tempat : Akan dimaklumkan semula

Penjelasan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Timbul beberapa persoalan dan tanda tanya dari seorang sahabat dari Malaysia yang bertanyakan :

” assalamualaikum..tumpang tanya siapakah gurulatih tertinggi.. sebab gelaran itu dlm pusaka gayong hanya p.ndak majid je.yg lain gurulatih kanan, guru “

Persoalan yang saya kira positif dan Insya Allah mungkin memerlukan sedikit penjelasan.Saya cuba perjelaskan dengan baik.Sebenarnya gelaran gurulatih tertinggi itu adalah gelaran kepada ketua jurulatih bagi kelab ini yang menjadi ketua kepada semua tenaga pengajar dari syabab dan akhawat ( iaitu lelaki dan perempuan ).Ia tidak dinisbahkan kepada mana-mana pertubuhan seni silat yang wujud di Malaysia seperti Pusaka Gayong,Gayong Malaysia,Cekak atau mana-mana pertubuhan seni silat.Kami di barisan pihak kelab di sini sebenarnya bukan mengajar seni silat mahupun silat Gayong,Cekak atau apa jua seni silat tetapi kami mengajar seni bela diri atau martial art iaitu cara untuk mempertahankan diri.

Gelaran gurulatih tertinggi dan juga jurulatih itu digunakan sebagai menghormati barisan tenaga pengajar di dalam kelab ini sebagai jurulatih dan juga sistem organisasi kelab ini.Secara jujur kami katakan kelab seni bela diri ini adalah satu badan kelab yang ditubuhkan sendiri oleh mahasiwa jordan berasaskan matlamat untuk mempertahankan diri sepanjang berada di perantauan ini.Secara dasarnya pihak kelab menggunakan nama kelab seni bela diri dan bukanlah kelab seni silat.Itu yang asas dan dasar yang perlu diketahui dan difahami.Jadi saya rasa pihak saudara sudah jelas dengan serba sedikit penjelasan tersebut.Dan terima kasih juga dari pihak kami atas kesudian kunjungan saudara melawati blog kelab ini dan memberi sokongan dan komitmen kepada mereka yang mencintai seni bela diri.
 
Wallahu A’lam