Category Archives: Pengumuman

Kelas Latihan Silat Kembali Semula

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Seiringan dengan pengajian semester pertama sesi 2010/2011 yang telah bermula dua minggu lepas, maka dengan ini pihak kelab mengumumkan kepada semua ahli Kelab Seni Bela Diri Mu’tah ( syabab & akhwat ), bahawa kelas latihan akan kembali bermula seperti biasa pada hari Jumaat minggu hadapan. Maklumat mengenai kelas latihan adalah seperti berikut :

Kelas Syabab

Hari : Jumaat

8.00 mlm – 11.00 mlm

Tenaga Pengajar : Jurulatih Syabab

Tempat : PUSKMA

Kelas Akhwat

Hari : Jumaat

9.00 pg – 12.00 tgh hari

Tenaga Pengajar : Jurulatih Akhwat

Tempat : PUSKMA

Diharapkan kepada semua ahli kelab agar dapat menghadirkan diri.

Pengambilan Terakhir Kursus Kenaikan Bengkung

Assalamualaikum w.b.t.
 
Perhatian kepada semua ahli Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan,pengambilan terakhir kursus kenaikan bengkung ( syabab & akhwat ) dibuka untuk fatrah soifi ini sebelum tarikh tutup pada hari khamis ini ( 29.7.2010 ).Sebarang permohonan dan permintaan selepas tarikh tutup pengambilan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan.Harap maklum.
 
Dari Majlis Gurulatih

Makluman

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Sebagai makluman pihak kelab terpaksa berhenti buat sementara waktu untuk kerja-kerja mengemaskini segala blog dan web master kelab.Segala aktiviti akan terhenti buat seketika dan akan di teruskan semula dalam masa yang terdekat Insya Allah.

Perjumpaan Taklimat Khas

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Perhatian kepada semua ahli kelab silat bagi syabab dan akhwat,satu perjumpaan bagi sesi taklimat khas akan di adakan pada hari khamis ini Insya Allah.Dalam perjumpaan ini,satu taklimat khas dan penerangan yg lebih terperinci akan diberikan kepada semua ahli kelab.Minta perhatian dan kerjasama kepada semua ahli kelab.Kehadiran adalah diwajibkan.
 
Sehubungan dengan itu,diharapkan kepada semua ahli kelab berpakaian baju hitam ( digalakan ) bagi yg mempunyai baju silat dan berpakaian serba hitam bagi mereka yg tidak mempunyai pakaian silat.Untuk akhwat dibenarkan berpakaian jubah hitam dan bagi syabab berpakaian hitam.Berhubung dengan tarikh dan masa perjumpaan seperti berikut :
 
Tarikh : 20 Mei 2010
 
Tempat : PUSKMA
 
Masa : Pukul 8 malam ( selepas maghrib )
 
Pakaian : Seperti yg dimaklumkan di atas
 

Taklimat Khas

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua ahli kelab silat bagi syabab dan akhwat,satu perjumpaan khas akan di adakan Insya Allah dalam masa yg terdekat dalam minggu ini sebelum bermulanya Fatrah Imtihan Final yg akan datang.Dalam perjumpaan tersebut satu sesi taklimat khas akan di adakan kepada semua ahli silat bagi syabab dan akhwat.Kehadiran ahli silat semua adalah diwajibkan.
 
Sehubungan dengan itu,diharapkan kepada semua ahli silat syabab dan akhwat berpakaian hitam iaitu pakaian silat ( amat digalakkan ) atau berpakaian serba hitam bagi mereka yg tiada pakaian silat.Berkaitan dengan masa dan tarikh perjumpaan akan dimaklumkan semula dari masa ke semasa insya Allah.
 
Wallahu A’lam…..

Makluman

 

Bismillahirrahmanirrahim….
 
Sukacitanya ingin dimaklumkan disini bahawa pada tahun ini Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) telah makalsanakan beberapa matlamat dan objektif yg tersendiri pada kali ini sejajar dengan motif KSSMJ untuk memperkemaskan lagi dan memperkukuhkan lagi kedudukan kelab ini.Secara rasminya KSSMJ pada tahun ini hanyalah lebih bertumpu kepada latihan sahaja bagi syabab dan akhwat.Sebarang bentuk jemputan persembahan dan demo silat buat pada masa ini tidak akan diterima untuk sementara waktu.
 
Ini kerana beberapa inisiatif dan perkara telah disepakati dan diambil kira.KSSMJ pada kali ini lebih bertumpu sepenuhnya kepada kelas-kelas latihan pengukuhan bagi syabab dan akhwat serta beberapa aktiviti dan program yg akan dilaksanakan oleh KSSMJ sendiri.Kepada mana-mana pihak ahli PERMATA dan seumpamanya lagi,demikianlah yg dapat pihak KSSMJ laksanakan dan maklumkan.Sekian harap maklum