Adat Istiadat

Antara aspek utama yang dapat menjadi kayu pengukur perbedalam Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan dengan aliran seni beladiri asing ialah dari segi adab dan disiplin yang dipegang.Aspek ini sekiranya dapat dihayati dan disampaikan dengan baik akan dapat menghasilkan insan yang punya sahsiah dan jati diri yang kental.

Pergerakan kelab ini bermula dengan adab dan adat istiadat yang membawa maksud peraturan yang mesti diikuti dan dipatuhi.Syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk menjadi ahli Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan adalah seperti berikut :

• Beragama Islam

• Berikrar taat setia

• Menerima,memegang dan menjaga amanah Allah supaya ia tidak menyeleweng dari akidah Islam.

Adat Istiadat Lain

 Antara istiadat lain di dalam Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan adalah :

• Penyampaian bengkung / tali pinggang

• Pertabalan ahli Lembaga Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan

• Pertabalan Jurulatih Kelab

Disiplin Dalam Gelanggang

Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang :

1. Mendapat izin gurulatih untuk berlatih bersama

2. Tidak meludah

3. Tidak memakai alas kaki

4. Tidak bergurau senda

5. Minta izin dari imam gelanggang jika ingin keluar atau ingin bertemu seseorang di luar gelanggang

6. Menghormati rakan-rakan dalam latihan

7. Tidak makan atau minum

8. Tidak memakai barang-barang kemas dan alat perhiasan diri

9. Sentiasa mengikut arahan Guru

Struktur Organisasi Pertubuhan

Bagi menyusun pergerakan agar lebih tersusun,beberapa jawarankuasa telah dibentuk dan diberikan kuasa dalam pertubuhan.Antara struktur yang ditubuhkan ialah :

• Ahli Jawatankuasa Lembaga Kelab

• Majlis Gurulatih

Tinggalkan komen