Monthly Archives: Mei 2010

KSSMJ Di Hadapan Raja Jordan


Bismillahirrahmanirrahim….
 
Bertempat di Amman pada 24 April 2010,satu program kebudayaan negara-negara yg melibatkan negara-negara besar yg sertai seperti Malaysia,Indonesia,Philipina,Turkey,Yaman dan beberapa negara yg lain lagi.Setiap negara-negara ini diwakili oleh duta-duta besar negara masing-masing dan juga VIP.Apa yg lebih menarik lagi ialah pada kali ini turut di hadiri oleh Puteri Raja Jordan ( Princess Jordan ).Acara tersebut bermula jam 12 tengahari yg dirasmikan oleh Puteri Raja Jordan ( Princess Jordan ) iaitu kerabat diraja Jordan.
 
Acara persembahan bagi setiap negara terbahagi kepada dua iaitu persembahan dewan dan acara di luar dewan.Pada kali ini Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yg mewakili negara Malaysia turut terlibat menjayakan beberapa persembahan dan demo silat.Persembahan di dalam dewan bermula jam 12 tengahari dan di mulakan dengan persembahan tarian kebudayaan melayu dan seterusnya persembahan Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ). Acara persembahan di dalam dewan ialah persembahan kebudayaan bagi semua negara-negara besar yg terlibat di khalayak duta-duta besar,VVIP dan juga Princess Jordan ( Puteri Raja Jordan ).
 
Setelah selesai semua acara dewan,bermulalah acara luar dewan yg dinanti-nantikan oleh semua orang yg terlibat.Boleh dikatakan hampir 2000 orang penonton yg menghadiri program tersebut. Tepat jam 2.30 petang bermulalah giliran negara Malaysia iaitu Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ).Demo silat kali ini di anggotai oleh skuad demo KSSMJ yg diketui oleh barisan jurulatih.Demo silat dimulakan dengan persembahan tari solo.
Kemudiannya demo silat diteruskan dan di akhiri dengan satu permainan yg ngeri.

Sembah barisan pendekar KSSMJ

Seni solo


 

Sasaran Pada Anggota Musuh

Secara ringkas kita cuba tunjukkan serba sedikit tempat atau bahagian-bahagian sasaran kelemahan musuh.Atau dengan lebih mudah tempat kelemahan musuh atau titik point tempat untuk mematikan musuh.
 
Bahagian Depan

Bahagian Belakang

Doa Pendinding Diri

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Pada kali ini sengaja penulis cuba ambil satu hadis Nabi s.a.w. yg boleh diambil manfaat bersama untuk semua ahli kelab silat dan warga Mu’tah semua.Sengaja kita cuba kongsikan serba sedikit ilmu dan pengetahuan yg boleh di ambil.Di dalam hadis Nabi s.a.w. ini terkandung satu doa yg yg ma’thur malah juga termasuk di antara doa2 ma’thurat yg menjadi doa-doa amalan.Doa ini juga sebenarnya adalah antara doa sebagai pendinding diri ataupun pelindung diri.Dalam sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya :

Sabda Rasulullah s.a.w. ” Tidaklah seorang hamba itu berdoa pada setiap pagi dan petang dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan di langitdan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui ” baca tiga kali maka tidak ada yang akan memudaratkannya
 
( Riwayat At-Tirmizi )
 
Dimana di dalam hadis ini Nabi s.a.w. mengajar kepada kita satu doa seperti yg terdapat dalam hadis tadi.Apabila kita membaca doa tersebut 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang maka akan terhindarlah seorang hamba itu dari segala kemudaratan sepanjang pada hari itu.Doa yg diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepada kita iaitu :

Maksud :

Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat kepada sesuatu di bumi dan juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui

Mengikut dari segi bahasa kalau dilihat di dalam mukjam,perkataan ضر – يضر seperti yg di sebut dalam hadis tersebut yg juga terkandung di dalam doa ini membawa maksud yg banyak. Antaranya ialah bermaksud memudaratkan, membahayakan.

Jika kita mengamalkan doa tersebut,maka insya Allah kita akan terlindung dan terpelihara dari mudarat yg disebutkan di dalam hadis tadi.Sebenarnya terdapat banyak fadhilat atau rahsia yg terkandung disebalik doa yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. ini.Diantara mudarat yg terhindar dan terpelihara ialah terhindar dari perbuatan sihir.Sudah sedia maklum perbuatan sihir dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan itu sudah tidak dipertikaikan lagi.Mereka yg syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Jika kita melihat kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t.Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk.Tapi kebanyakan amalan sihir adalah tujuan untuk mengkhianati yg boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa kepada maut.Ada perbuatan sihir yg sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki dan ada juga yg terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yg mengandungi sihir yg dinamakan santau.

Disini penulis ingin cuba kongsikan serba sedikit pengalaman yg berlaku sendiri di tempat penulis ketika di Malaysia sebelum ini.Ketika makan di sebuah gerai makan.Pada masa itu ada seorang ustaz mahir bertarannum Al-Quran dan merdu suaranya apabila bertarranum Al-Quran.Ketika ustaz itu hendak meminum air yg di ordernya dari tuan kedai,gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya apabila membacakan doa seperti di atas.Kejadian ini berlaku kerana minuman tersebut ada mengandungi sihir santau.Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
 
Begitulah serba sedikit pengalaman yg boleh dikongsikan.Dalam situasi yg lain pula,ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan.Bahan-bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yg menyebabkan sesiapa yg menjamah makanan itu akan merasa masakan itu sungguh sedap.Dengan mengamalkan doa ini insya Allah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.Semoga doa ini dapat dijadikan sebagai penghayatan dan amalan bersama Insya Allah.
 
Wallahu A’lam

Perjumpaan Taklimat Khas

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Perhatian kepada semua ahli kelab silat bagi syabab dan akhwat,satu perjumpaan bagi sesi taklimat khas akan di adakan pada hari khamis ini Insya Allah.Dalam perjumpaan ini,satu taklimat khas dan penerangan yg lebih terperinci akan diberikan kepada semua ahli kelab.Minta perhatian dan kerjasama kepada semua ahli kelab.Kehadiran adalah diwajibkan.
 
Sehubungan dengan itu,diharapkan kepada semua ahli kelab berpakaian baju hitam ( digalakan ) bagi yg mempunyai baju silat dan berpakaian serba hitam bagi mereka yg tidak mempunyai pakaian silat.Untuk akhwat dibenarkan berpakaian jubah hitam dan bagi syabab berpakaian hitam.Berhubung dengan tarikh dan masa perjumpaan seperti berikut :
 
Tarikh : 20 Mei 2010
 
Tempat : PUSKMA
 
Masa : Pukul 8 malam ( selepas maghrib )
 
Pakaian : Seperti yg dimaklumkan di atas
 

Taklimat Khas

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua ahli kelab silat bagi syabab dan akhwat,satu perjumpaan khas akan di adakan Insya Allah dalam masa yg terdekat dalam minggu ini sebelum bermulanya Fatrah Imtihan Final yg akan datang.Dalam perjumpaan tersebut satu sesi taklimat khas akan di adakan kepada semua ahli silat bagi syabab dan akhwat.Kehadiran ahli silat semua adalah diwajibkan.
 
Sehubungan dengan itu,diharapkan kepada semua ahli silat syabab dan akhwat berpakaian hitam iaitu pakaian silat ( amat digalakkan ) atau berpakaian serba hitam bagi mereka yg tiada pakaian silat.Berkaitan dengan masa dan tarikh perjumpaan akan dimaklumkan semula dari masa ke semasa insya Allah.
 
Wallahu A’lam…..

Halatuju Kelab Silat

Bismillahirrahmanirrahim
 
Assalamualaikum w.b.t..
 
Perjumpaan semua jurulatih kelab silat telah diadakan baru-baru ini dan beberapa keputusan telah dibuat.Dalam perjumpaan kali ini,beberapa perkara dan agenda telah diputuskan :
 
1. Pihak kelab silat telah mewujudkan barisan Gurulatih & Jurulatih kelab silat yg terdiri daripada syabab dan akhwat.Mereka ini terdiri daripada pelatih-pelatih kelab silat yg berkelayakan dan berkebolehan.Barisan Gurulatih & Jurulatih ini terdiri daripada Ketua Jurulatih iaitu selaku Gurulatih Tertinggi.Di bawah Gurulatih Tertinggi ini terdiri daripada barisan Jurulatih dan Pembantu Jurulatih yg berkelayakan dan berkriteria.
 
2. Penukaran nama kelab silat ( Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ) kepada nama yg baru.Hal yg demikian setelah beberapa aspek dan inisiatif telah di ambil kira yg membawa kepada perubahan nama lama kelab silat kepada nama yg baru.Ia juga bersesuaian dengan halatuju kelab silat.Dengan penukaran nama lama kepada nama yg baru bagi kelab silat,secara rasminya kelab silat ini adalah satu badan dan kelab yg ditubuhkan secara rasmi oleh mahasiswa Jordan.Kelab silat ini tidak dinisbahkan kepada mana-mana pertubuhan silat yg wujud di Malaysia.Kelab silat ini juga bukanlah kelab Silat Gayong,Silat Cekak,silat Lincah atau apa jua jenis pertubuhan silat yg wujud di Malaysia dan juga bukanlah cawangan kepada mana-mana pertubuhan silat di Malaysia.
 
3. Pembentukan Sistem Gradding dan kenaikan bengkung / talipinggang.Sistem ini akan mula berkuat kuasa dari sekarang dan ia dilihat sebagai satu inisiatif yg positif kepada semua ahli kelab silat dalam membantu mereka menguasai segala aspek ilmu dan kemahiran yg mereka pelajari.Ia juga mampu membantu meningkatkan penguasan terhadap sesuatu tahap kemahiran dalam diri ahli kelab silat itu sendiri.Dalam sistem gradding & kenaikan bengkung ini,terdapat kategori bengkung atau talipinggang telah dibentuk dan ditetapkan bersesuaian dengan tahap dan silibus yg dibekalkan.
 
4. Penyusunan Sistem Silibus kelab silat.Hal ini bagi memudahkan lagi mereka untuk mengenalpasti dan menguasai silibus-silibus yg telah ditetepkan dan menambahkan lagi penguasaan dalam setiap diri ahli kelab silat itu sendiri.Penyusunan dan penyelarasan sistem silibus ini akan dijalankan oleh mereka dari kalangan Barisan Gurulatih & Jurulatih bagi merangka segala silibus dalam kelab silat.
 
5. Penyelarasan Majlis Adat & Istiadat kelab silat yg ditubuhkan dan dirangka oleh Barisan Gurulatih & Jurulatih.Struktur organisasi kelab silat di bentuk dan struktur yg ditubuhkan ialah Ahli Jawatankuasa Lembaga Kelab Silat dan Majlis Gurulatih & Jurulatih kelab silat.
 
Wallahu A’lam…

Beberapa Persoalan Yang Timbul…

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t…

Beberapa persoalan yg timbul dari individu-individu di luar sana yg bertanya :

” Ustaz,ada bacaan apa-apa ke yg kena baca sebelum buka gelanggang ? “
 
” Kenapa kena baca wirid-wirid dan bacaan-bacaan sebelum latihan silat ? “
 
” Tak jadi syirik ke atau khurafat bila baca-baca semua ni ? “

Sebagai menjawab persoalan-persoalan tersebut,secara jujur kami di pihak Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan tidak ada menggunakan apa-apa yg diistilahkan sebagai ayat seru atau memuja apa-apa seperti memanggil jin dan sebagainya lagi.Sudah menjadi satu amalan dan adab kepada anak-anak kelab silat bila mana setiap kali hendak memulakan latihan silat,mereka sudah di didik dan di asuh dengan membaca Surah Al-Fatihah,Surah Al-Ikhlas dan selawat ke atas baginda Nabi s.a.w.Bahkan inilah satu amalan yg sudah diasuh dalam jiwa setiap anak-anak KSSMJ sebagai satu amalan dan ibadah kepada Allah s.w.t. untuk memohon perlindungan dari Allah s.w.t. semoga sepanjang latihan silat terpelihara dari anasir-anasir yg jahat dan kecelakaan seperti gangguan jin,sihir dan seumpamanya lagi.Dan begitu juga selepas selesai latihan,mereka juga diajar membaca Surah Al-Fatihah,Surah Al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi s.a.w. sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana sepanjang latihan terselamat dari sebarang bentuk kecelakaan.Mereka sudah di didik jiwa mereka dengan menjadikan Allah sebagai tempat mereka memohon pertolongan dan perlindungan.Pentingnya hubungan kita sebagai hamba dengan Allah itu sememangnya perlu di jaga sebagai satu ibadah iaitu Hablum minallah dengan mendekatkan diri kepadaNya.
 
Menyebut tentang syirik atau khurafat,ia bukanlah satu benda yg sepatutnya menjadi satu tohmahan atau salah faham yg timbul.Sebagai seorang manusia yg mengabdikan diri kepada Allah dan juga sebagai insan yg bergelar mahasiswa dan mahasiswi jurusan bidang agama,saya yakin bahawa tidak akan timbul persoalan yg dilontarkan seperti syirik atau khurafat apa-apa berkaitan dengan bacaan atau wirid.Sudah sedia maklum bahawa syirik itu haram.Kita juga perlu ingat,sudah menjadi adab ketika mana kita dalam majlis ilmu yg sentiasa kita lazimkan dengan membuka Ummul Kitab Al-Fatihah,sedikit doa dan selawat ke atas Nabi s.a.w. sebagai memohon keberkatan,rahmat dan perlindungan dari Allah s.w.t dalam majlis ilmu tersebut.Bila menyebut soal belajar silat,tidak dinafikan dan ia juga memang sudah tidak lari dari konsep menuntut ilmu dan berada di dalam majlis ilmu.Sebagai satu adab ketika dalam majlis ilmu dengan dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah,Surah Al-Ikhlas dan selawat ke Nabi s.a.w.Harapan moga dengan penjelasan ini sudah menjawab persoalan-persoalan yg tersebut yg timbul.
 
Wallahu A’lam…