Monthly Archives: Februari 2010

MANGSA GANGGUAN : Kenapa pelajar Malaysia ( wanita ) sering menjadi mangsa kepada Arab Mu’tah? – Bah 3

ASAS TEKNIK BELADIRI
Latihan yg menjadikannya sempurna
6. Menghentak
  



1. Hentakkan di muka atau hidung

 

 

7. Menusuk

Tusukan pada mata

 8. Menyiku

  
 
 
9. Menendang

Tendangan pada kemaluan musuh

 

MANGSA GANGGUAN : Kenapa pelajar Malaysia ( wanita ) sering menjadi mangsa kepada Arab Mu’tah? – Bah 2

PERSEDIAAN DIRI
Tujuh perkara yg wanita perlukan
 
1. Pengetahuan Tentang Strategi Dan Teknik Pertahankan Diri

Hadirlah ke mana-mana kursus beladiri atau berdaftarlah sebagai ahli seni beladiri.Belajarlah sebanyak mungkin yg anda mampu terutamanya kaedah melepaskan diri dari pegangan atau pelukan,bagaimana untuk gunakan teknik memanipulasikan sendi ( kuncian ) dan bagaimana untuk berlawan dalam keadaan berdiri,duduk atau berbaring di lantai.

2. Kekuatan Fizikal

Kuatkanlah fizikal anda.Lakukanlah aktiviti senaman secara rutin yg dapat membantu menguatkan tubuh anda.Sebagai contohnya,aktiviti bangkit tubi dan tekan tubi dapat membina kekuatan pada tubuh bahagian atas anda.Tanpakekuatan,tumbukan atau tendangan anda tidak mungkin mampu menewaskan penjenayah.

3. Daya Tahan Kardiovaskular Yang Tinggi

Ingat akan prinsip pertahankan diri iaitu lari lebih baik daripada dipukul.Sentiasa bersedia untuk lari kerana itulah pilihan utama anda.Larilah sekuat hati anda sambil menjerit meminta tolong. Namun,anda memerlukan daya tahan kardiovaskular yg tinggi bagi mengelakkan anda keletihan ketika sedang berlari.

4. Konsentrasi,Komunikasi Dan Psikologi Yang Mantap

Cuba kekalkan konsentrasi anda dan berwaspadalah dengan persekitaran.Jangan biarkan pergerakan pantas dan senyap penjenayah memerangkap anda.Jangan sesekali anda cepat mengelabah.Tarik nafas panjang dan tenangkan diri semampu yg boleh.Jangan tunjukkan diri anda panik.Percayalah dengan kemampuan anda dalam mempertahankan diri dan usaha untuk meneruskan hidup anda.Berkomunikasilah dengan tegas untuk menunjukkan keberanian dan tekad anda.Lengahkan mereka dan segera mencari kelemahan yg ada pada penjenayah.Gunakan apa saja taktik dalam usaha mengatasi situasi genting ini.

5. Kepantasan,Kuasa dan Masa Tindakbalas

Berlatih dengan pasangan anda ( jika ada ) dengan menggunakan alat-alat yg membantu meningkatkan kepantasan,kekuatan dan kuasa teknik serangan anda.Berlatihlah juga berkenaan ‘reaction timing’ yg mana memberikan anda kefahaman bila anda perlu melepaskan serangan terhadap penjenayah.Kelebihan ini dapat membantu anda mencederakan penjenayah dan seterusnya melarikan diri dalam usaha menyelamatkan diri.

6. Gunakan Suara Secara Optimum

Jangan sesekali takut atau malu untuk menjerit sekuat hati dan nyaring dalam tempoh yg lama.Keadaan ini boleh memberi isyarat kepada masyarakat sekeliling yg menunjukkan anda dalam situasi mencemaskan.

7. Jarak Anda

Apabila anda sedang berhadapan dengan penjenayah dan sedang berkomunikasi dengannya, pastikan anda tidak berdiri terlalu dekat dengan mereka.Wujudkan sempadan dengan mengawal jarak anda sekurang-kurangnya 2 meter.Bercakaplah dengan nada suara yg tegas dan pandanglah dengan tepat pada matanya.Jangan sesekali terleka dengan terlepas pandang pada penjenayah walaupun sedetik.Ini akan memberi peluang untuk mereka mengambil kesempatan.

ALAT PERTAHANKAN DIRI
Senjata apakah yg perlu dibawa bersama wanita?

 Anda sebenarnya tidak perlu takut apabila terserempak dengan seseorang penjenayah walaupun anda tidak mempunyai pistol atau senjata-senjata berbahaya seperti pisau dan pedang.Ini kerana terdapat begitu banyak sekali benda yang ada pada diri dan di sekitar anda yg boleh dijadikan sebagai alat untuk mempertahankan diri.Antara benda dan alat yang boleh dijadikan senjata untuk anda adalah seperti berikut ;

1. Pen / Pensel
2. Anak kunci
3. Beg Tangan
4. Kain Tudung
5. Payung
6. Tongkat
7. Tumit Kasut
8. Gigi-menggigit
9. Kuku
10. Jari
11. Belakang Kepala
12. Tapak Tangan
13. Siku
14. Lutut

Kesemua teknik yg menggunakan senjata-senjata di atas adalah amat berkesan tetapi anda mesti melakukan latihan secukupnya sehingga ianya menjadi suatu pergerakan yg lazim.Apabila ianya telah sebati dengan anda,selamanya ia akan bersama anda.Ke mana jua anda pergi dan di mana saja anda berada, ia akan tetap menjadi sahabat setia dan berfungsi sebagai senjata ampuh untuk diri anda.Percayalah.

ASAS TEKNIK BELADIRI
Latihan yg menjadikannya sempurna

Asas teknik beladiri terdiri daripada asas-asas serangan dan belaan.Asas serangan merupakan kaedah atau cara untuk melemahkan dan seterusnya memusnahkan pihak lawan.Ianya terdiri daripada serangan menggunakan tangan dan serangan menggunakan kaki.Asas belaan pula digunakan untuk menangkis atau mengelak segala serangan dari pihak lawan dan seterusnya membuat serang balas.Di bawah ini,saya tunjukkan beberapa asas teknik beladiri yg dirasakan
penting untuk wanita semua tahu dan pelajarinya dengan bersungguh-sungguh.
1. Kaedah menggenggam ( Menumbuk )  


1. Rapatkan jari dan bengkokkan sehingga hujungnya menyentuh tapak tangan


2. Genggam dengan kuat dan ibu jari disentuhkan pada jari telunjuk dan tengah

 

2. Mengelak

3. Menangkis

1. Cara yg pertama


2. Cara yg kedua

4. Menumbuk

5. Menetak

bersambung….

MANGSA GANGGUAN : Kenapa pelajar Malaysia ( wanita ) sering menjadi mangsa kepada Arab Mu’tah? – Bah 1

MANGSA GANGGUAN
Kenapa pelajar Malaysia ( wanita ) sering menjadi mangsa kepada Arab Mu’tah?

Masalah jenayah dan gangguan di Jordan kini berada dalam tahap yg amat serius lebih-lebih lagi yg melibatkan pelajar Malaysia yg sedang menuntut belajar di Bumi Jordan sini.Terlalu banyak kes-kes yg dilaporkan seperti kes rompakan,kecurian,samun,ragut,mencabul,rogol,gangguan seksual,bunuh dan sebagainya.

Ia kerap berlaku dan seolah-olah sudah tiada jalan lagi untuk menanganinya.Banyak keganasan dan jenayah yg berlaku terutamanya yg melibatkan kaum hawa seperti pencabulan,rogol dan lain-lain.Apatah lagi di luar rumah terutamanya di kawasan-kawasan bandar yg terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai ragam.

Sebenarnya kebanyakan penjenayah menganggap wanita merupakan kaum yg lemah dari segi fizikalnya.Inilah faktor utama mengapa wanita dipilih sebagai mangsa.Keduanya, hamper kesemua wanita apabila keluar dari rumah akan memakai barang-barang perhiasan diri seperti rantai,gelang dan anting-anting yg diperbuat daripada emas.Faktor ketiga ialah wanita mudah untuk dipengaruhi dan mempercayai seseorang.Keempat,perasaan takut yg begitu tinggi juga merupakan kelemahan pada wanita yg mana penjenayah dengan mudah boleh mendapatkan wang atau barang berharga yg diminta menerusi gertakan dan ugutan-ugutan.Faktor kelima pula, cara berpakaian sesetengahnya yg tidak senonoh yg berkemungkinan sengaja mendedahkan bahagian-bahagian sulit mereka dan ini merangsang penjenayah untuk menjadikannya sebagai mangsa.Namun terdapat juga wanita yg berani tetapi keberanian mereka telah mengundang malapetaka kerana cuba melawan tetapi mereka langsung tidak mengetahui asas-asas untuk membeladiri.Inilah kesilapan yg paling ketara.

Hadirlah ke kelas – kelas beladiri dan carilah kesempatan untuk menghadiri mana-mana kursus atau bengkel beladiri wanita yg dianjurkan oleh seni bela diri seperti persatuan atau kelab silat.InsyaAllah banyak tips-tips dan panduan yg dapat diperolehi daripada program-program seperti ini.

SENI BELADIRI MANA YANG PERLU DIPILIH?
Buatlah Pemilihan Yang Tepat

Kini terdapat pelbagai disiplin beladiri yg wujud dengan pelbagai nama dan gaya tersendiri. Banyak juga kelas-kelas dibuka ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dengan pelbagai tujuan dari yg ikhlas menyampaikan ilmu hingga tanpa mementingkan wang ringgit,populariti dan sanjungan semata-mata.Perkara yg terpenting ialah anda perlu berhati-hati dan perlu membuat pilihan yg tepat.Persoalannya,bagaimana kaedah untuk anda membuat pemilihan?

Pertama anda perlu tanya diri anda sendiri,apakah tujuan utama anda perlu mempelajari ilmu seni beladiri?Adakah ianya untuk :

1. Berjumpa rakan – rakan baru?

2. Mendapat ‘title’ dan boleh merasa megah dengan memakai tali pinggang hitam?

3. Dapat bertanding dalam pertandingan-pertandingan?

4. Sekadar untuk suka-suka?

5. Menguatkan dan menyihatkan tubuh badan?

6. Membentuk disiplin dan meningkatkan keyakinan diri?

7. Mengutamakan keselamatan dan ingin belajar agar dapat mempertahankan diri anda atau
orang yg tersayang daripada penjenayah.

Jika anda memilih tujuan yang bernombor 5 – 7, anda sebenarnya telah pun berada pada landasan yg tepat.Teruskan niat murni anda!

Kedua,bagaimana dengan jadual harian anda?Adakah bebanan kerja dan jadual harian anda tidak memungkinkan anda pergi balik dari kelas beladiri yg anda ingin sertai?Jika kita lihat kepada sistem beladiri masakini,ia berpandukan tahap-tahap tertentu daripada peringkat asas ke tahap tertinggi…dengan beratus malah beribu teknik dan gerakan yg perlu anda mahirkan dan hafal!Dan tempoh pembelajarannya,anda perlu menghabiskan masa mungkin bertahun-tahun.Oleh itu,apabila anda ingin memilih sesebuah kelas beladiri anda perlu pilih kelas beladiri yg mempunyai sukatan pelajaran yg fleksibel yg mana ia boleh diajar berkonsepkan tahap bengkong atau berbentuk pakej.Pakej yg menawarkan suatu sistem yg mudah,efektif dan realistik dalam masa yg singkat amatlah penting kerana kebanyakan dari kita sebenarnya tiada masa yg banyak untuk menghabiskan masa hanya di kelas-kelas beladiri.

Terserahlah kepada anda untuk membuat penilaian kerana mana mungkin anda akan berjumpa suatu kelas beladiri yg menawarkan kursus atau kelas yg percuma!!!!!Biarlah ianya berpatutan
dengan pendapatan dan masa anda.

Ketiga,apakah sistem beladiri itu sesuai dengan anda?Untuk pengetahuan anda,tidak semua sistem beladiri adalah sesuai dengan anda.Faktor umur,kecergasan,jantina,saiz badan dan kesihatan juga perlu diambil kira.Anda juga perlu menilai teknik-teknik yg diajar.Adakah ia lebih kepada bercorak sukan,persembahan atau yg anda ingini iaitu teknik yg dapat anda gunakan untuk pertahankan diri.Ingatlah,jangan sesekali anda terpesona dengan teknik-teknik yg hanya menarik pada pandangan dan yg mendapat sorakan padu semasa sesi demonstrasi tetapi langsung tidak dapat membantu anda di waktu kecemasan!!!!!!!!!Teknik-teknik yg akan membantu anda ialah teknik yg mudah,efektif dan realistik.

Keempat,siapakah yg akan melatih anda?Pastikan anda memilih seorang jurulatih yg benar-benar berwibawa dan bertauliah.Ini penting kerana beliau berupaya menjadikan anda seorang pejuang yg hebat.Mereka juga berjaya mengurangkan risiko kecederaan yg akan menimpa anda. Anda juga perlu pastikan yg jurulatih itu yg banyak memberikan tunjuk ajar dan bukan pembantunya.Pilihlah jurulatih yg mengajar sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan pengajaran.Elakkan juga memilih seorang jurulatih yg berat sebelah iaitu yg banyak menumpukan perhatian hanya pada individu-individu tertentusahaja terutamanya terhadap gadis-gadis yg mempunyai perawakan menarik dan susuk tubuh yg mempesonakan.Prinsip kejurulatihan mereka mestilah yg bercita-cita tinggi untuk melahirkan pelatih yg lebih hebat dari mereka sendiri.

Kelima,sudah berapa lamakah kelas beladiri itu telah beroperasi?Pemilihan kepada kelas beladiri yg telah pun lama beroperasi sebenarnya suatu tindakan yg bijak kerana hanya kelas beladiri yg mempunyai jurulatih yg berkaliber dan mampu mentadbir kelas beladirinya secara terancang dan sistematik serta menyampaikan ilmu yg benar-benar mampu memberikan kepuasan kepada pelatihnya sahaja yg mampu untuk berdiri kukuh dalam tempoh yg lama.Hal ini penting untuk dinilai kerana dewasa ini terlalu banyak kelas beladiri yg wujud.Jangan anda hanya terpedaya dengan kehebatan promosi mereka.Berhati-hatilah memilih yg mana satu sebagai pilihan kelas beladiri anda.

PENJENAYAH
Siapakah mereka dan adakah anda mengenalinya?

Siapakah mereka yg dikatakan sebagai seorang penjenayah?Di manakah mereka berada?Kenapa mereka melakukan aktiviti jenayah ini?Siapakah mangsa mereka?Apakah kriteria seseorang yg mendorong penjenayah memilihnya sebagai mangsa?Bilakah waktu mereka melakukannya? Bagaimana untuk mengenalinya?Dan yg terpenting ialah bagaimana cara untuk mengelak atau mengatasi mereka?1. Pencuri / Peragut

2. Perompak

3. Pengintip

4. Pencabul

5. Perogol

6. Pembunuh

7. Penculik dll.

Di manakah mereka berada?

Tiada seorang pun yg mampu memberi gambaran yg jelas siapakah mereka ini sebenarnya dan di manakah mereka berada.Oleh itu,anda seharusnya sentiasa berwaspada kerana mereka ini mungkin rakan sekerja,jiran tetangga, rakan-rakan, kenalan,teman lelaki,boss,masyarakat sekitar, orang yg tidak dikenali atau ahli keluarga anda sendiri!Mereka boleh wujud di mana-mana sahaja.Namun begitu terdapat beberapa lokasi yg boleh dikelaskan sebagai berpotensi untuk penjenayah melakukan aktiviti mereka.Antara lokasi-lokasinya adalah seperti berikut ;

1. Lorong-lorong yg sunyi dan jauh dengan kesibukan orang ramai

Kawasan seperti ini menghalang suara mangsa didengari atau dilihat oleh orang ramai.

2. Tempat letak kereta terutamanya di bawah pusat membeli belah

Kawasan yg luas dan terlindung.Sekiranya ada suara jeritan mangsa pun mungkin sukar untuk diketahui di mana sumbernya kerana faktor gema.Penjenayah juga mudah untuk bersembunyi di sebalik jumlah kereta yg banyak.

3. Telefon awam yang sedikit terpencil

Mangsa biasanya leka ketika asyik berbual dan pandangannya pun hanya kepada jumlah kredit yg tertera pada skrin telefon.

4. Mesin Pengeluaran Wang Automatik ( ATM )

Tempat yg menjadi tumpuan utama para penjenayah untuk mendapatkan wang terutamanya pada sebelah malam.

5. Tandas – tandas Awam

Juga merupakan tempat kegemaran para pemeras ugut kerana keadaannya yg mudah untuk bersembunyi.

6. Konsert – konsert @ Pesta Keramaian

Suasana yg amat bising dan menyesakkan.Tiada orang yg mampu untuk mengecam suara mangsa yg meminta tolong atau merupakan suara-suara jeritan sorakan.Di sinilah syurga bagi penjenayah seperti penyeluk saku,pencabul dan peragut.

7. Kediaman Anda Sendiri

Rumah merupakan tempat yg privaci bagi sesebuah keluarga dan masyarakat luar tidak akan sesekali masuk campur dalam segala hal yg berlaku di dalam rumah tersebut.Keadaan seperti inilah menyebabkan penjenayah gemar memilih rumah sebagai lokasi melakukan aktiviti jenayahnya seperti mencuri dan merompak.Selain itu,penjenayah seperti pencabul dan perogol juga akan memilih lokasi di dalam rumah sendiri untuk melakukan jenayah mereka walaupun mangsa itu mungkin merupakan orang yg mempunyai hubungan kekeluargaan.

Kenapa mereka melakukan aktiviti jenayah ini?

Kebanyakan mereka yg cenderung untuk melakukan aktiviti-aktiviti jenayah disebabkan oleh perkara-perkara seperti berikut :

1. Wang
Seseorang yg kesempitan wang atau menginginkan kekayaan dengan cara mudah.Mereka biasanya akan mencuri,memeras ugut,merompak,menyamun,meragut dan membunuh.

2. Nafsu
Sering terdedah dengan bahan-bahan lucah yg menyebabkan nafsu menjadi tidak terkawal.Oleh itu,mereka akan mencari wanita sebagai alat pemuas nafsu dengan melakukan pencabulan atau merogol.

Siapakah mangsa mereka?

Penjenayah biasanya akan memilih mangsa yg lemah,mudah mengikut kemahuan mereka dan seterusnya dapat menguasai sepenuhnya mangsa tersebut.Empat golongan yg sering menjadi mangsa mereka ialah ;

1. Wanita

2. Kanak-kanak

3. Orang tua

4. Orang kurang upaya

Apakah kriteria seseorang yg mendorong penjenayah memilih wanita sebagai mangsa?

Sebelum bertindak,seseorang penjenayah akan memerhati dengan teliti segala tindak-tanduk setiap calon mangsanya.Pemilihan mangsa perlulah berdasarkankriteria-kriteria tertentu yg dapat menjadikan kerja mereka berjalan dengan lancar.Antara kriteria-kriteria tersebut ialah ;

1. Mendedahkan barang-barang perhiasan diri

Pemakaian barang-barang perhiasan diri seperti rantai,anting-anting dan gelang emas secara keterlaluan akan menarik minat penjenayah untuk merampasnya.

2. Gaya memegang barang berharga

Kaedah anda memegang barang berharga seperti bagasi atau handbag seperti tidak memegangnya dengan erat,sekadar meletakkan talinya di hujung bahu,menghayun atau terlalu terdedah memudahkan para penjenayah merampas atau meragutnya.

3. Mudah mempercayai seseorang yang tidak dikenali
Penjenayah amat gemar kepada seseorang yg mudah simpati atau mempercayai kata-kata mujamalah dari seorang yg tidak dikenali.Ini membolehkan mereka mudah memperdayakan dengan mendapatkan sejumlah wang dari anda atau mengikutnya ke lokasi-lokasi tertentu.

4. Pakaian yang menjolok mata

Wanita yang berpakaian seksi dan menjolok mata sebenarnya seolah-olah sengaja menarik penjenayah untuk bertindak ke atas mereka.Pemakaian seperti ini menambah rangsangan kepada penjenayah untuk memilih anda.

5. Berjalan berseorangan

Janganlah sesekali anda berjalan berseorangan tidak kira pada waktu siang atau malam. Penjenayah pasti akan memilih anda berbanding orang yg berjalan secara berkumpulan.

6. Kurang berkeyakinan dan ketakutan

Kurang keyakinan mengakibatkan anda sering diburu perasaan takut.Ketakutan pula adalah kelemahan terbesar yg wujud dalam diri wanita.Penjenayah sebenarnya boleh menghidu sifat ketakutan anda dengan mudah sekali kerana ianya dizahirkan pada bahasa tubuh anda. Penjenayah suka akan sifat ketakutan anda kerana ianya adalah rahsia bagaimana mereka dapat mengawal anda.Sebab utama penjenayah bergantung kepada senjata-senjata adalah untuk menjadikan wanita takut seterusnya dapat memberi kerjasama dengan mereka sepenuhnya.

bersambung…….


Latihan Asas KSSMJ Bermula

Bismillahirrahmanirrahim…..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberikan kekuatan sehingga ke hari ini.Bertempat di PUSKMA mulanya latihan pertama Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ).Bermulanya fasal yg baru,semangat dan nawaitu yg baru di tajdid lebih-lebih lagi buat anak-anak muda KSSMJ. Seperti biasa latihan dimulakan dengan membuka gelanggang atau lebih di istilahkan sebagai buka adat untuk memohon perlindungan dari Allah sepanjang latihan yg berjalan semuanya berjalan dengan baik dan tiada sebarang kecelakaan yg berlaku Insya Allah…

Sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak KSSMJ,asas senaman regangan dan gerakan asas menjadi sajian sebagai permulaan awal latihan.Itu sudah menjadi ‘ basic ‘ penting dalam seni silat.Latihan dimulakan dengan asas-asas seperti tumbukan dan lain-lain.Perkara yg menjadi asas kepada kekuatannya seni silat itu sendiri bermula dari tapak kedudukan yg kukuh terlebih dahulu adalah asas yg paling bawah yg amat perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum ke peringkat yg seterusnya.Kedudukan kekuda menjadi asas tapak yg kukuh…


Semua pergerakan dalam seni silat ini bermulanya dengan tapak dahulu.Kedudukan kekuda memainkan peranan yg penting dalam pelajaran silat apatah lagi sebagai melatih diri untuk bersedia dalam menghadapi musuh.Secara ringkas latihan permulaan ini hanya berkisar kepada asas sahaja.

Selain itu permainan asas elakan adalah satu asas yg perlu di pelajari bagi setiap anak-anak KSSMJ.Sebagai asas yg kukuh untuk mempelajari macam mana untuk mengelak serangan musuh dan lain-lain lagi.

Secara kesimpulan alhamdulillah bersyukur latihan yg pertama ini dapat bermula dengan baik dan tiada kecelakaan yg berlaku sepanjang latihan.Sebagai saranan kepada anak-anak muda yg berada di luar sana supaya tidak menjadikan seni silat ini sebagai hanya sekadar satu sambil lewa sahaja atau hanya satu perkara yg tidak ada makna dalam kehidupan kita apatah lagi sedang berkelana di tempat orang.Jadikan seni silat itu sebagai satu asas atau benteng bagi persiapan untuk melindungi diri mudah-mudahan Insya Allah.Apa yg penting sekali dalam mempelajari dan mendalami seni silat ini ialah ilmu.Ilmu yg diperolehi dijadikan amalan dalam hidup kita…
 
Wallahu A’lam…

Pengambilan Baru Keahlian

 

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum w.b.t.

Perhatian kepada semua mahasiswa Malaysia di Mu’tah yg berminat untuk mempelajari seni silat.Tidak kira sama ada dari aliran Seni Silat Gayong Malaysia,Seni Silat Pusaka Gayong,Silat Cekak dan lain-lan lagi.Kami di Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) mengalu-alukan anda semua untuk menyertai KSSMJ dalam mempelajari seni silat sebagai satu wasilah dalam membela diri di Mu’tah.Sebarang maklumat lanjut dan jika berminat untuk menyertainya sila hubungi :

Cikgu Muhammad Taufiq ( 0776395335 ) – ideet.comf@yahoo.com

Cikgu Anuar ( 0779117304 ) – anuar_uia@yahoo.com

Perhatian juga kepada semua warga akhwat,kelas silat untuk akhwat dibuka sekarang dan sebarang maklumat lanjut untuk menyertainya boleh hubungi seperti yg tertera di atas dan juga mana-mana ahli kelab silat KSSMJ.Dan penyertaan dibuka sekarang dan yuran penyertaan adalah PERCUMA sahaja.Tiada bayaran dikenakan.Jadikan seni silat sebagai inisiatif dan asas di Jordan ini khususnya di Mu’tah dalam membela diri sepanjang berkelana di negara orang yg penuh dengan cabaran dan haru biru ini.Sama-sama kita memartabatkan seni warisan bangsa kita ini dan menghidupkan seni silat!!!Sebarkan kepada seluruh warga Mu’tah!!