Monthly Archives: Jun 2010

Kursus Asas Kejurulatihan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Satu Kursus Asas Kejurulatihan akan di adakan dalam fatrah soifi ini Insya Allah yang akan melibatkan semua Jurulatih Kelab bagi syabab dan akhawat.Kursus yang akan berlangsung sepanjang musim soifi ini.Antara aktiviti yang akan dilaksanakan dalam kursus tersebut ialah penyelarasan sistem silibus kelab dan modul-modul latihan akan dikemaskinikan lagi dan juga penyelarasan sistem kenaikan tali pinggang ( gradding ).

Kursus yang dianjurkan oleh Majlis Gurulatih Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan.Bagi menyelaraskan lagi pergerakan kelab,satu perjumpaan tergempar akan di adakan bagi semua jurulatih kelab.Berkaitan dengan Kursus Kejurulatihan tersebut akan dimaklumkan dari masa ke semasa berhubung dengan masa dan aktiviti :

KURSUS KEJURULATIHAN 2010

Sasaran : Semua jurulatih kelab ( syabab & akhawat )

Masa : Fatrah soifi

Tempat : Akan dimaklumkan semula

Penjelasan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Timbul beberapa persoalan dan tanda tanya dari seorang sahabat dari Malaysia yang bertanyakan :

” assalamualaikum..tumpang tanya siapakah gurulatih tertinggi.. sebab gelaran itu dlm pusaka gayong hanya p.ndak majid je.yg lain gurulatih kanan, guru “

Persoalan yang saya kira positif dan Insya Allah mungkin memerlukan sedikit penjelasan.Saya cuba perjelaskan dengan baik.Sebenarnya gelaran gurulatih tertinggi itu adalah gelaran kepada ketua jurulatih bagi kelab ini yang menjadi ketua kepada semua tenaga pengajar dari syabab dan akhawat ( iaitu lelaki dan perempuan ).Ia tidak dinisbahkan kepada mana-mana pertubuhan seni silat yang wujud di Malaysia seperti Pusaka Gayong,Gayong Malaysia,Cekak atau mana-mana pertubuhan seni silat.Kami di barisan pihak kelab di sini sebenarnya bukan mengajar seni silat mahupun silat Gayong,Cekak atau apa jua seni silat tetapi kami mengajar seni bela diri atau martial art iaitu cara untuk mempertahankan diri.

Gelaran gurulatih tertinggi dan juga jurulatih itu digunakan sebagai menghormati barisan tenaga pengajar di dalam kelab ini sebagai jurulatih dan juga sistem organisasi kelab ini.Secara jujur kami katakan kelab seni bela diri ini adalah satu badan kelab yang ditubuhkan sendiri oleh mahasiwa jordan berasaskan matlamat untuk mempertahankan diri sepanjang berada di perantauan ini.Secara dasarnya pihak kelab menggunakan nama kelab seni bela diri dan bukanlah kelab seni silat.Itu yang asas dan dasar yang perlu diketahui dan difahami.Jadi saya rasa pihak saudara sudah jelas dengan serba sedikit penjelasan tersebut.Dan terima kasih juga dari pihak kami atas kesudian kunjungan saudara melawati blog kelab ini dan memberi sokongan dan komitmen kepada mereka yang mencintai seni bela diri.
 
Wallahu A’lam

Makluman

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Sebagai makluman pihak kelab terpaksa berhenti buat sementara waktu untuk kerja-kerja mengemaskini segala blog dan web master kelab.Segala aktiviti akan terhenti buat seketika dan akan di teruskan semula dalam masa yang terdekat Insya Allah.