About Us

Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) ditubuhkan dalam era tahun 2000 di bumi Mu’tah Jordan.Penubuhan kelab silat ini lahir dari beberapa orang yang memang sudah lama bergiat dalam seni silat.Ia adalah sebagai menyambung warisan Kelab Seni Silat Mu’tah Jordan ( KSSMJ ) yang pernah bertapak megah di Mu’tah suatu ketika dahulu.Penubuhan kelab ini bukanlah satu penubuhan yang baru,malah ia sudah lama wujud dan bertapak di bumi Mu’tah Jordan ini.Ia juga dilihat sebagai inisiatif dan asas bagi mahasiswa di Jordan ini khususnya di Mu’tah dalam membela diri sepanjang berkelana di negara orang yang penuh dengan cabaran dan haru biru ini.Kini sudah bertukar nama kepada Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan. 

Satu pertubuhan badan rasmi yang ditubuhkan oleh mahasiswa Mu’tah Jordan sebagai satu asas kepada diri untuk membela dan mempertahankan diri.Bukanlah cawangan kepada mana-mana pertubuhan seni silat di Malaysia.Menyediakan latihan bagi semua lapisan mahasiswa syabab & akhwat Mu’tah Jordan.Menyediakan latihan,kursus dan modul dalam menguasai seni bela diri dan mempertahankan diri.

Secara umumnya penubuhan kelab ini mempunyai objektif,matlamat,dasar dan motif yang tersendiri yang sudah ditetepkan.Penubuhan kelab ini bernaung di bawah Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah Jordan ( PERMATA ) serta berada di bawah naungan Kedutaan Malaysia Jordan dan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan.

Motto & Slogan

Takkan melayu hilang di dunia,Patah tumbuh hilang berganti,Membujur lalu melintang patah,Daka daki ku daki juga,Patah sayap bertongkat paruh,Berpantang maut sebelum ajal.

4 responses to “About Us

  1. Azizah Najib

    Assalamu’alykum w.t.b.

    Sy dari kelab pencak silat UKM, kalau boleh nak minta nama, alamat, e-mel, no. phone & no. fax in charge person kelab ni. Kami bakal menganjurkan festival & kejohanan pencak silat peringkat antarabangsa bula Januari 2011. Jadi kalau dapat contact number, kami nak hantar surat jemputan join in kejohanan.

    Harap pihak tuan dapat menjawab request dari pihak kami ni ye. Terima kasih.

    – Azizah Najib-

  2. Assalamualaikum dan salam pencak silat.

    Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Pencak Silat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Pertandingan Pencak Silat Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa UKM 2011 (Taming Sari III). Butiran program adalah seperti berikut:-

    Tarikh : 10-16 Januari 2011
    Tempat : Dewan Cancelor Tun Abd Razak (DECTAR), UKM.
    Yuran : Terbuka IPT –RM800/Pasukan
    Jemputan Antarabangsa (termasuk MSN) – RM1000/Pasukan

    Sehubungan dengan itu, sukacita kami menjemput Pasukan Pencak Silat dari Universiti Putra Malaysia bagi menyertai kejohanan ini. Bagi makluman pihak tuan , kejohanan ini akan berlangsung secara berasingan antara Terbuka IPT dengan Jemputan. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 20 Disember 2010.

    *Maklumat lanjut boleh dimajukan terus pada email pencaksilatukm@gmail.com dan layari http://pencaksilatukm.blogspot.com

    Saya mohon pihak tuan dapat memberi alamat surat-menyurat dan email untuk penghantaran surat jemputan dan borang-borang perlawanan.

    Keprihatinan dan komitmen pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

    Nurhaniza Nordin
    Sekretariat Komunikasi dan Hubungan Luar
    Kejohanan Taming Sari III 2011
    Universiti Kebangsaan Malaysia

  3. maaf sedikit pembetulan.

    *Universiti Putra Malaysia sepatutnya ditaip Kelab Seni Bela Diri Mu’tah Jordan.

    Segala kesilapan, amatlah dikesali.

Tinggalkan komen